followers

Wednesday, January 19, 2011

asam pedas melaka

hehe... tibe2 lak teringin nak belajar nak wat asam pedas,, cari kat internet jumpe asm pedas melaka je.. boleh la.. balun je...
  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

jom kite mencube.... tgk jadik ke x... dah byk kali cube n.. tp xpenah jadik..=P

2 comments:

TiMmiE said...

amboi sedapnya~ terliur dah ni..tp malas plak nk masak slalu klu teringin beli je :P

shira yanwizan said...

same la kite... ngeee=D